Rabu, 14 Mei 2014

ATKINS DIET MEMANG TERBAIK!!!!!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur sangat-sangat dipertemukan dengan Diet Atkins...diet yang sangat serasi dengan KB...mula tekad diet 31 Mac 2014 yang lalu dengan berat hampir 90kg...iaitu dalam 86-87kg...harini 14 Mei 2014 berat KB dah turun kepada 74kg....lost 12kg...alhamdulillah...


Menu harian KB:

Pagi:
- Air Masak secawan/1 liter (ikut kemampuan dan kesempatan)
- 2 biji telur rebus separuh masak

Tengahari:
- Air Sejuk 1.2 liter
- Ayam masak lemak/ Sup ayam/ ayam goreng/ ikan goreng/ ikan bakar/ kuah laksa dan WAJIB amik sayuran HIJAU.

Malam:
- Air Sejuk 1 liter
- Ayam goreng/ sup ayam/ kuah laksa/ ikan x lalu sangat...kebanyakannya makan ayam & telur...

Senaman:
- Sepatutnye hari-hari kene exercise...tapi KB x sempat dan xde kawan...
- Selalunya brisk walking, jogging atau badminton..

Camtulah rutin seharian...hidup tanpa nasi, mee, mihun, roti, tepung dan sebagainya tu rasa lebih sihat dan ringan...ada 19kg lagi to go..........

Jumaat, 7 Februari 2014

Solat Dhuha dan Bacaannya

Solat Dhuha adalah solat yang digalakkan dalam Islam dimana Pembuka Rezeki sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w kita. Solat ini boleh dikerjakan samada 2, 4, 6 hingga 12 rakaat ketika matahari meninggi sekitar 8.00 pagi sehingga sebelum Waktu Zohor. Ikut kelapangan kita masing-masing. Tak rugi luangkan waktu untuk mengerjakan solat ni..betul x?


Berikut KB sertakan sekali bacaan-bacaan yang afdal di dalam Solat Dhuha sebab mungkin ramai yang mencari panduan Solat Dhuha beserta bacaannya sekali. Tetapi bacaan atau surah tidaklah ditetapkan kerana Islam itu mudah. Jadi bacalah surah yang anda tahu.

1. Niat 

" Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala "

Rakaat Pertama:

2. Baca Al-Fatihah


3. Baca Surah As-Syam


Rakaat Kedua:

4. Baca Al-Fatihah


5.  Baca Surah Dhuha


Selepas salam bacalah doa berikut:

KB selalu bukak video ni dalam kereta...layan hari sampai hafal...korang pun boleh amalkan tanpa sedar kita sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki....aminnn


- Selamat beramal -