Isnin, 16 September 2013

Home » Jom ATKINS!!

Jom ATKINS!!

Setelah sekian lama meng'hide'kan blog ni gara-gara insiden yang tidak diingini tempoh hari, malam ni tetiba rasa nak menaip....actually, aritu ada member PM kat FB KB tentang DIET ATKINS....dia suruh KB search dulu kat Google...kalau berminat boleh join group diet atkins...bila baca tu nampak menarik sebab kawan KB tu dah kurus...lagi semangat! Jadinya, KB nak menaip ni hanya untuk panduan bagi mereka yang baru nak mula diet macam KB secara semulajadi tanpa produk-produk diet yang berada di pasaran sekarang.


Ni KB lepas consume Jusmate 5 tahun 2010 dulu...huhuhuhu kalau boleh nak kembali kepada saiz macam ni...berat 67kg masa ni...JANGAN TANYA BERAT SEKARANG...!!hokhok

Ni info yang boleh dijadikan panduan. Semua ni KB copy n paste dari blog SAYA NAK KURUS.

Atkins diet terbahagi kpd 4 peringkat 

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 

2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 

3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance 
*Induction sekurang kurangnye 2 minggu..itu kalau setakat nak kurang 2-3 kg boleh la...kalau banyak nak turun,lame la induction ok?


Induction ialah bahagian yang paling penting dalam atkins kerane ia ialah tapak asas kepade diet ini...tak buat induction,sori,gemuk la smpai bebile...huhu...

Ape yang berlaku tyme induction? Berlakunye proses KETOSIS..proses dimane badan menukar daripade menggunekan karbohidrat sebagai tenage kepade menggunekan lemak sebagai tenage..waktu ni memang biase kalau korang rase lapa sebab ini adelah perubahan drpd pemakanan x senonoh yang korang buat...tapi percaye cakap aku,korang takkan rase lapar da selepas itu sebab dalam diet atkins nih,calory tak dikire...jadi,makanlah seekor ayam pun kalau suke dan banyak duet...huhu..:D

Untuk induction,20 gram karbohidrat sehari sahaje dibenarkan..
Semasa 2 Minggu Induction: 

Tak Boleh Makan:


1.) NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya. 


2.) Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya. 


3.) Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi. 


4.) Buah-buahan 


5.) Minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc) 

6.) Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis. 


7.) Segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal.


8.) Makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong. 


9.) Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih. 


******************************************************** 


Boleh Makan: 



1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung. 


2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis... 


3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal. 


4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi. 


5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari.. 


6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari.. 


7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan.. 


8.) Jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu 


9.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...Air mestilah lebih daripada 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan! 

Contoh sarapan / Breakfast 

1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb) 

2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb) 
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb) 
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb) 


Makan Tengahari / Malam 

1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb) 

2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb) 
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb) 
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb) 


Carb = Karbohidrat 

Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus! 


Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb ! 


InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu,hasil yg mendadak akan kelihatan...Doakan KB berjaya wokeyyyyy


1 ulasan:

Kesuma Angsana berkata... [Reply to comment]

Bab makan2 ni yg payah sikit nak control ni hehehe