Selasa, 28 Mei 2013

Home » Berkursus di Bulan Mei.....

Berkursus di Bulan Mei.....

Bulan Mei ni memang sibuk dengan kursus memanjang bermula dari 7 Mei sampai 10 Mei dan bersambung balik pada 22 Mei. Ramai orang tak suka pergi Kursus...eh yeke?? confident je lebih...hehehe jangan marah haa....KB suka sangat pergi kursus...sebab dapat jumpa geng sejawatan...gelak-gelak...cerita-cerita isu semasa...hohoho bukan mengumpatlah..! kita cerita laa buat kerja apa kat pejabat masing-masing...

Kerja macam KB ni hanya ada 10 sahaja di Negeri Selangor...wahhhh kelas kau maria..! Weiii ko ingat best ke? tak punnnn...setiap orang ditempatkan di lain-lain daerah termasuk di Bangunan SUK Selangor...kalau ada meeting atau kursus je kitorang jumpa...kesian kan..pastu jawatan ni masih dalam perhatian samada betul-betul diperlukan kat pejabat daerah atau tidak...kesian lagi...=.=

Pada 7 Mei hari tu...KB kursus kat Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara atau nama singkatan dia MaCGDI...korang tahu tak sebut 'MaCGDI' tu? Bukan sebut satu-satu huruf tu tau...semput nanti...hehehe sebutan dia 'McD'...bukan yang jual burger tu weii....

MaCGDI ni tempat menyelaras data-data geospatial nih...untuk memudahkan perkongsian data antara jabatan-jabatan kerajaan...contohnya...Jabatan Kerja Raya (JKR) ada data tentang jalanraya...Majlis Perbandaran pun perlukan data jalanraya...diorang just mohon jelah pada JKR kan...? tak perlu pergi lawatan tapak untuk collect data semula...semua tu makan masa, tenaga dan modal....kan mudah tuuu! Tak paham? buat-buat paham dah la yee...heee

Haa ada lagi satu yang KB nak share...kita ada Peta 1 Malaysia tau...agak best compare dengan Google Maps sebab kalau nak cari stesen minyak siap ada keluar lambang Shell ke...Petronas ke...so kita boleh pilih la lokasi stesen minyak yang kita suka.....macam KB suka minyak Shell...1 Malaysia Map (sila klik)...

Masuk je pejabat MaCGDI ni terus nampak hiasan macam ni..cantik kan? Pejabat Kerajaan kat Putrajaya semuanya cantik..suka sangat..! kalau dah cantik baru semangat nak buat kerja...hihihi...


Yang ni pulak kitorang bergambar kat koridor dia...cantik...kitorang berdua je kursus sebab yang lain bukan insan terpilih..hehehe jangan marah haa...koridor ni kat tingkat 7 kalau tak silap..tetiba ada taman kannn...perghhhhh kalau stress boleh pergi sini tenangkan fikiran yang kusut masai tu..hehehee
 

KB dengan Farah je kursus kali ni...Farah ni Pen. Peg. Degis dari Petaling...kitorang kat sini sehari suntuk...pastu nak kene pergi Instun, Behrang pulak...kursus kat sana 3 hari...kene daftar hari yang sama....kelam kabut lah gerak...sampai Instun dalam pukul 6 petang camtu...nasib tempat nak check in asrama tak tutup lagi...terima kasih abang Instun...herherher...


Kat sini kitorang kursus berempat...Farah, KB, Kak CT dan Mai...Mai ni dari Pej. Daerah Gombak...dah tak sama jawatan...dia dapat rezeki jawatan tetap...Alhamdulillah..KB pun nak jugak...huhuhuhu...dia memang sesuai dapat jawatan tu sebab suara dia kuat giler...hahaa nasib baik setakat ni belum pecah lagi gegendang telinga KB dengar suara dia..kalau jumpa dia tak gelak tak sah...hahahaa..yang pakai spek tulah Mai....tengok dia jeling kamera pun bukan main lagi...hehehee


Hurmm terima kasih kawan-kawan sebab bagi KB duduk depan sekali...besarnyaaa muka saya!! yang belakang sekali tu Kak CT...Pen. Peg. Degis dari Kuala Selangor...rajin orangnya..pandai pulak tu..!



Habis kursus hari pertama kitorang pun keluar laa....bawak kereta kan...panjanglah langkahnya...perut pulak lapar...waktu makan lambat lagi...keluar pergi makan pau Tanjung Malim yang fofular tu...Pau Yik Mun...
 



Alamak! muka Farah separuh je....tapi takpe..dia yang snap gambar ni...hehehhee time ni dah abis kursus...tunggu Pengarah Instun datang nak bagi sijil je....yeayyy dah boleh balik..!rindu sangat kat hubby saya...lebih kurang 4 hari kene tinggal..hehehe

Tiada ulasan: