Khamis, 27 Disember 2012

Home » Azam 2012

Azam 2012

Lamanya blog ni menyepi......ini semua disebabkan kesibukan yang melampau...hanya dapat singgah gitu-gitu je kat blog sendiri...huhuhu...

Ni dah nak sampai penghujung tahun 2012....azam untuk tahun ni masing-masing sudah tercapai ke? hehehee KB tak tercapai lagi nih....azam utama mestilah nak kuruskan badan...tapi makin kembang lak...huahuahua...insyaAllah tahun depan....ngeeee (azamsetiaptahunyangtakpernahtercapai) =,=..

jelas terpancar kekembanganku...huhuhuhu
Azam kedua nak jadi isteri orang tahun ni....Alhamdulillah...tercapai sudah...^____^...bila dah jadi isteri orang, mestilah nak jadi ibu pulak kan? tapi belum dikurniakan rezeki lagi....:'( doakan KB ye....terima kasih...seronok tengok kawan-kawan yang baru melahirkan anak....comel-comel belaka...:-)


Azam ketiga nak pakai blackberry....hahahahahaa alhamdulillah, tercapai gak...hasil duit titih peluh pergi site...dah  pakai kereta sendiri...dapatlah claim minyak dan tol....boleh lah beli..hehehee tapi nak gadget lain jugak...insyaAllah, tercapai bulan 1 nanti kot...ada orang nak belanja...heeeeeee :P

Azam keempat nak dapatkan kerja yang elok....alhamdulillah, dapat jugak...terima kasih Ya Allah...walaupun kontrak, KB tetap bersyukur....walau dimanapun kita berada insyaAllah tentu ada rezeki...kannn


Azam kelima nak mekap kereta kesayanganlah....tapi hanya dapat mekap sikit-sikit je....nak tukar sportrim, nak tukar design no.plat kereta, nak pasang sticker carbon fiber kat bumbung kereta sebab ada tahi burung dah berkarat atas tu...grrrrr...insyaAllah...semua tu kita bawak ke tahun hadapan....hehehee 

yang ni je mampu setakat nih....nantikan tahun hadapan....heeeeee
Azam keenam nak pergi bercuti....nak balik kampung suami kat Perlis bulan 1 ni...seronok, damai je kat kampung...boleh pergi jalan-jalan padang besar, wang kelian, kuala perlis tengok laut....alang-alang dah sampai kuala perlis, tersampai langkawi pulak nanti...opsssss!! oh seronoknya...

Azam ketujuh nak kumpul duit sebab nak bawak mama dan abah pergi Mekah....yang ini memang cita-cita dari kecik...hehehee insyaAllah dah jadi orang nih kan...bolehlah kumpul duit sikit-sikit...semoga tercapai cita-cita yang satu nih...aminnnnn

Haaa...tu jelah azam KB tahun nih...yang tak tercapai kita bawak ke tahun hadapan...hikhikhik...

3 ulasan:

fifie berkata... [Reply to comment]

Alhamdulilah banyak azam KB tercapai, fie nie satu pun tak ada azam. heee.

Zatil Hulwani berkata... [Reply to comment]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zatil Hulwani berkata... [Reply to comment]

@fifiehehehe...xpe..boleh bawak ke taun depan...