Sabtu, 13 Oktober 2012

Home » 6 LARANGAN SELEPAS MAKAN

6 LARANGAN SELEPAS MAKAN

Saja nak share benda ni...tetiba KB rasa nak diet sebab rasa diri dah macam giant...hehehehe 


Jom baca dan ingat sentiasa 6 perkara yang tidak dibenarkan selepas makan:

1. Jangan makan buah-buahan: Memakan buah-buahan sebaik habis makan, akan menyebabkan perut anda dipenuhi udara (kembung). Oleh itu, makan buah hanya selepas 1-2 jam atau 1 jam sebelum makan.

Baru KB tau...selalunya makan lunch, buah-buahan mesti ada...orang kata sebagai pencuci mulut...jadinya elakkanlah lepas ni ye...^___^

2. Jangan minum teh: Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Ia dapat mengakibatkan protein dari makanan anda mengeras dan sukar untuk dihadam dan dicerna.

Ni pun KB baru tau...jadinya jangan order teh ais lagi ye...^_______^

3. Jangan longgarkan tali pinggang anda: Melonggarkan tali pinggang selepas makan hanya akan menyebabkan usus anda bermasalah seperti terbelit atau tersumbat.

Eh eh cam perli KB je nih...hahahaa...jangan longgarkan tali pinggang ye kwn2 sekalian...^____^

4. Jangan mandi: Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut anda. Ini adalah kerana darah akan lebih cenderung mengalir ke bahagian tangan, kaki dan kawasan tubuh yang lain. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda.

haaa yang ni memang dah selalu dengar kan? tapi kadang-kadang derhaka jugak kat pantang larang ni..huhuhuu

5. Jangan berjalan-jalan: Berjalan-jalan selepas makan hanya akan menyebabkan kesukaran sistem pencernaan anda untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang anda telah telan.

Lorrrr ni pun sama...kalau tak berjalan rasa nak tido pulak kan? hehee tapi waktu kerja jangan la jadikan ini sebagai alasan masuk opis lambat lepas lunch ye...heee ^______^

6. Jangan tidur: Jangan tidur sebaik menghabiskan hidangan anda. Makanan yang anda ambil itu tidak dapat dicerna dengan baik. Ini boleh mendatangkan masalah seperti gastrik dan jangkitan kepada usus anda.

Haaa...yg ni masa kecik-kecik dulu tak percaya...KB wat eksperimen...hasilnya berbadan berisi sampai sekarang..hukhukhuk...sape yang tak ngantuk lepas makan memang hebat lahhh...

Dah tau kan pantang larang selepas makan? lepas ni kalau boleh elakkan la ye habit masing-masing yang suka mandi, tido, jalan-jalan, minum teh, makan buah dsb tu kalau nak badan sihat...sama-sama kita amalkan...oke..

4 ulasan:

Mieya Atiera berkata... [Reply to comment]

wah, thanks for the tips. memang merancang nak diet pon skrg nie.

Hanif Idrus berkata... [Reply to comment]

Info yg menarik...

Zatil Hulwani berkata... [Reply to comment]

hehehe jom diet!

Kesuma Angsana berkata... [Reply to comment]

gd one tq share ye