Isnin, 10 September 2012

Home » Sup Ayam Rebus Pulak...

Sup Ayam Rebus Pulak...

haaa suka makan sup ayam tak? KB sukaaaa sangattt...dulu masa kecik-kecik kat rumah pengasuh...selalu makan sup ayam rebus...dia tak tumis...rasa dia lain kalau rebus ngn tumis nih...ehhh kecik-kecik dah pandai menilai makanan ke? hehehe...

KB suka sup yang x perlu ditumis...takdela rasa berminyak sangat...kalau nak ikutkan ayam tu pun dah keluarkan minyak...lupa la nak ambil gambar...pinjam gambar kat encik google bole tak? takpun bole google sendiri...hikhikhik...jaga-jaga kat google tu banyak gambar makanan yang boleh buat kita tak sabar nak balik rumah dan masak....ngeh ngeh ngeh...keje laa..:P

Meh KB bagi resepi yang simple sesangat ni...nak derhaka kat resepi ni pun suka hati laa...hehehee

Sup Ayam Rebus

Bahan-bahan:

Ayam (Suka hati nak banyak mana)
2 biji kentang
Air (bajet la kalau masuk ayam nanti nak kuah takat mana)
3 ulas Bawang putih (ricik)
2 Bawang merah (ricik)
1 inci halia (ricik)
kiub ayam
garam
cili api
lada hitam
daun sup
daun bawang

Cara-caranya:

1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan kentang dan ayam..biarkan sampai mendidih lagi.
2. Masukkan bahan yang diricik, kiub ayam, garam, cili api, lada hitam. Biarkan mendidih...
3. Masukkan daun bawang dan sup...
4. Agak-agak dah masak boleh la tutup api...
5. Sedia untuk dihidang..!


* pengunjung blog ni mesti dah tau camna nak buat sup kan? KB tak kira..nak share jugak..sebab setiap orang air tangan dia lain...:P
* ricik tu hiris halus...huhuhu maapla terbawak bahasa kat rumah pulak...heee

3 ulasan:

Sue-Rya Qistina berkata... [Reply to comment]

rajinnya masak!
saya suka sup sup ni.
nak2 klau time preggy.
mmg sedap!

Zatil Hulwani berkata... [Reply to comment]

hehehe..kene rajin sebab hubby suka makan...huhuhu belom balik keje dah request nak makan sup ayam lagi...hehee sabo jela..:D

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

Sup nukang tbaek..
Holiau