Khamis, 19 Julai 2012

Home » » Ilmu puasa untuk dikongsi...!

Ilmu puasa untuk dikongsi...!

Assalamualaikum...
diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya...cam nak buat surat pulak...hehehe

Tadi Kak Bunga menghadiri satu ceramah agama di Pejabat Daerah Klang...berkisarkan tentang puasa...terdapat banyak ilmu yang diperolehi tapi apa yang menarik untuk dikongsi ada dua iaitu mengenai "Berpuasa pada 29 Syaaban dibolehkan atau tidak" dan "niat untuk berpuasa"....Kak Bunga tertarik untuk berkongsi ilmu yang Kak Bunga perolehi sebentar tadi....

Berpuasa pada 29 Syaaban adalah dibolehkan bagi orang yang ingin menggantikan puasa...tetapi tidak boleh bagi orang yang ingin berpuasa sunat buat pertama kalinya...maka, orang yang belum habis menggantikan puasa disebabkan uzur pada bulan puasa yang lepas masih boleh berpuasa pada 29 Syaaban..

Ustaz cerita tadi kalau kita puasa sunat....boleh niat di waktu siang sebelum masuknya waktu Zohor....andai kata kita terlupa untuk niat puasa sunat dan pada pukul 10 baru teringat arini nak puasa...sah puasanya dengan syarat belum menjamah apa-apa makanan...

sekian saja....semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama-sama...