Selasa, 5 Jun 2012

Home » » :: Majlis Pra Tonton Filem X ~ Janda - Jandaku Gangster ::

:: Majlis Pra Tonton Filem X ~ Janda - Jandaku Gangster ::



Kak Bunga yang andeh..huhuhu


Nak tau tak..semalam Kak Bunga dapat jemputan pergi Majlis Pra Tonton Filem X ~ Janda-jandaku Gangster dalam kumpulan MIG Online di The Curve. 



Aiyakkk first time tu sampai The Curve sebab memang tak pernah rasa nak jejak kaki kat situ. Nak pergi sana kene mengadap jem. Tu yang Kak Bunga tersangat malas. Balik je dari kerja, siap - siap terus gerak naik motor. hehehe merempit..terpusing-pusing kat Bandar Utama tu cari The Curve. Apa pun tak boleh.

Haa...bangunan ni lah..terpusing-pusing cari dia...hehehehe

sampai je tempat parking, kami pun laju-laju pegi kat pawagam di tingkat 2 sebab dah lewat 1jam. hehehe semputttttt. Pergi kat kaunter untuk dapatkan tiket dan naik ke atas belum masuk pawagam pun lagi...huhu jumpa ramai artis tapi Kak Bunga segan lah nak amik gambar dengan dorang. huhuhu..jadi kami pun masuk lah dalam cinema 6. 


Tak lama lepas tu majlis pun bermula dengan bacaan doa dan ucapan dari Pengarah Filem X iaitu  Ahmad Rusli Khadri dan diikuti dengan ucapan dari penerbit David Teo. sangat terhibur dengan ucapan dia...hehehe..=)

Ketika beliau memberi ucapan yang berpatah-patah..hehehehe
gambar kurang jelas sebab pakai hp je..huhu

Lepas tu sesi para pelakon filem tersebut yang terdiri daripada Pierre Andre, Intan Ladyana, Diana Amir, Nuremy Ramli, Chloe Nicole, Liana Rafiai dan Siti Chubby. untuk bergambar dengan pengarah, penerbit.



lepas tu baru lah tawangan Filem X ni..Filem ini berkisarkan tentang seorang lelaki yang telah berkahwin sebanyak 5 kali bukan kerana cinta. Macam-macam perangai dan kerenah kelima-lima isteri dia tu sampailah dia jumpa Arissa iaitu watak Intan Ladyana.


Bagi Kak Bunga, cerita dia nice, kelakar dan juga romantik. Nak tau lebih lanjut, kene lah pergi tengok bermula dari 7 Jun 2012 ini di seluruh pawagam..Jom layan babak-babak menarik dalam Filem X ni..=)

Barisan pelakon, pengarah dan penerbit









Jangan lupa tengok tau 7 Jun 2012 nanti...=)

5 ulasan:

Deqla manjew berkata... [Reply to comment]

saheizy sam dah takde yer? alaa... x best la cam tu...huhuhu

Zatil Hulwani berkata... [Reply to comment]

saheizy sam tu filem bini2ku gangster kan? hehehe ni filem lain..filem ni ade part boring sikit, tp overall bole tahan la lawak..hehehe

KakiWayang.com berkata... [Reply to comment]

Setuju banyak part boring dalam filem ni.
Lawak ada la 2,3 yang betul2 kelakar =)
Kami ada buat review filem ni di KakiWayang.com

Zatil Hulwani berkata... [Reply to comment]

betul...paling sy boring part watak nama wanda..kejap ckp indon..kejap utara...huhuhu

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

intan ladyana awek an