Selasa, 5 Jun 2012

Home » » 3 Orang Sengal

3 Orang Sengal

Ajoi, Sumardi dan Pancis sedang menunggu keretapi di stesen keretapi Seremban. Diorang bertiga kalau dah jumpa macam-macam cerita diborakkan sehingga terlepas keretapi. Apabila perasan keretapi dah bergerak, mereka bertiga berlari mengejar keretapi tersebut. Dah macam filem stunt, Sumardi dan Pancis berjaya lompat dan menaiki keretapi tersebut, tetapi Ajoi tak dapat naik. 

Namun, Ajoi ketawa terbahak-bahak di tepi landasan dan pekerja KTM yang melihat aksi mereka dari tadi merasa pelik dan menghampiri Ajoi dan berkata " Kenapa encik ketawa? Bukan ke encik tidak berjaya mengejar keretapi tadi?". Lalu ajoi berkata " Sebenarnya yang sepatutnya naik keretapi tadi tu saya seorang, mereka berdua hanya hantar saya ja...wakakakaka."