Ahad, 10 Jun 2012

Home » » Kek Pisang Moist Kukus

Kek Pisang Moist Kukus

Assalamualaikum...


Kek Pisang Moist Kukus by Kak Bunga ^_^

Suka tak kek atas ni? heee....Kak Bunga memang suka makan kek...tapi lepas kawin ni lah baru rajin nak wat kek...tapi kukus jela..xde bakar...heee tu pun mak mertua yang bagi periuk kukus...:D Disebabkan pisang banyak kat dapur...Semalam cuba lah buat kek pisang kukus...hasilnya memang moisttttt...tapi dengan syarat kene biarkan semalaman...nak cuba? tengok resepi ni oke..

Bahan-bahan :
Pisang (lenyekkan)
3 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan minyak mazola..(minyak masak pun boleh)

Langkah-langkah:
1. Panaskan periuk kukus
2. Blender telur dan gula
3. Ayak tepung, soda bikarbonat dan serbuk penaik.
4. Masukkan minyak mazola ke dalam tepung yang telah diayak dan kacau sebati
5. Masukkan telur dan gula yang telah diblender. Kacau sebati
6. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau sebati.
7. Masukkan dalam periuk kukus dan masak dengan api sederhana selama 1 jam 15 minit...

* Nak tau dia dah masak...cucuk garfu @ pisau...kalau licin maknanya dah masak lah tu...:D