Jumaat, 25 Mei 2012

Home » » :: Tutorial Buat Header Guna Adobe Photoshop...! ::

:: Tutorial Buat Header Guna Adobe Photoshop...! ::

Assalamualaikum...

Wahhhh first time buat tutorial pasal edit blog nih...ni sebab permintaan kawan Kak Bunga bernama Bicara Hati..minta KB ajar macamana nak buat header macam KB punya..KB akan tunjuk satu per satu. Biar panjang asalkan jelas dan tidak menghampakan...

Langkah-langkah:-



1. Open Adobe Photoshop..klik File > New



2. Keluar box di atas..setkan Width, Height...pastikan guna metrik "inches"...untuk header macam Kak Bunga  copy je sama macam atas (Width : 12, Height : 5) 
*** JANGAN tekan OK lagi...sabar..:D


3. Background contents tu pilih " transparent". > klik OK.


4. Setelah tekan OK, akan keluar paparan seperti di atas.


5. Klik File > Open untuk pilih imej yang kita nak letak di header blog kita.


6. Ini imej pilihan Kak Bunga..contoh je ye...


7. Crop yang mana hendak diletak pada header. Kak Bunga sarankan guna MAGNETIC LASSO TOOL lebih mudah..(terpulang pada anda nak guna yang mana)


8. Bila dah buat step 7, gambar yang kita crop akan keluar garisan putih. tarik guna tool yang KB tunjuk kat atas ni kepada background dan JANGAN lupa tekan ENTER. 


9. Hasilnya jadi begini....untuk cantikkan picture tu...guna BLENDING OPTION


10. Pilih BLENDING OPTION seperti di atas.


11. Tambah text seperti yang anda mahu...dan siap macam Kak Bunga punya ni...

12. Save as > guna format PNG. JANGAN guna JPEG..nanti background akan jadi warna putih..bukan transparent..so, take note ye..:)

13. Untuk install di blog, klik Design > Page Elements > Header > edit > add image > save

14. Preview dan save.

15. SIAP! yeyyyy

2 ulasan: