Jumaat, 18 Mei 2012

Home » » :: SALAM JUMAAT ::

:: SALAM JUMAAT ::

Salam jumaat semua...semoga kalian sihat belaka..tentunya hari Jumaat adalah hari kegemaran ramai kan? hari yang terakhir bekerja setiap minggu...hehe 

tapi harus diingat bahawa Hari Jumaat juga adalah hari yang tersangat istimewa bagi semua umat Islam kerana ia adalah hari untuk kita melipatganda amalan ibadah kita kepada Allah s.w.t..Antara amalan-amalan ibadah sunat yang dianjurkan kepada kita pada hari Jumaat ialah..:-

1. Membaca Surah As-Sajadah pada waktu solat Subuh.
seperti sabda Rasulullah yang bermaksud: "Apabila anak cucu Nabi Adam membaca Surah As-Sajadah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka. " (Hadis riwayat Abu Daud)

2. Membaca surah al-Kahfi.
Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu. Ia berdasarkan kepada sabda Rasulullah yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi.

3. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi.
Seperti yang kita semua tahu, ganjaran bagi mereka yang berselawat ke atas Nabi pada hari Jumaat dan hari lainnya adalah mendapat kasih sayang dari Rasulullah sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya antara hari yang paling mulia adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkan selawat ke atasku kerana selawat itu disampaikan kepadaku."

* Selain hari Jumaat, amalan-amalan tersebut juga boleh dilakukan pada hari -hari lain juga tetapi Rasullulah mengatakan bahawa hari Jumaat hari yang paling mulia..Maka, hari jumaat kita boleh melakukan amalan berganda untuk memperoleh ganjaran berganda daripada Allah s.w.t.
* Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh dan solehah. Umat Islam digalakkan mengisi siang dan malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan merebut ganjaran pahala yang besar. Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah. Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah  mensyariatkan sembahyang Jumaat Wajib dilaksanakan secara berjemaah.




Wallahua'lam..:)
sumber : rakan masjid UTP...syukran..^_^


Tiada ulasan: