Isnin, 28 Mei 2012

Home » » :: Donut..!! ::

:: Donut..!! ::

Assalamualaikum...

hehehe asyik makanan je Kak Bunga ni kan? tapi yang ni sebab Kak Bunga nak cuba balik nanti...ni hasil search kat encik google lah ni..hehehe meh tengok gambar dulu..sedapnye...huhuhuuh


cara-cara nak buat senang aje..camni:-

1. Bancuh 3 sudu makan susu tepung, 4 sudu makan gula pasir, 1 cawan air, 1 sudu makan yis kering (mauripan) di dalam mangkuk. Kacau perlahan-lahan supaya susu tepung tidak bergentel. Tutup mangkuk dan biarkan seketika sehingga yis naik.


2. Bila sudah naik, masukkan pula ke dalam bekas yang berisi 1/2 kg tepung gandum. Uli perlahan-lahan dan masukkan pula 1 biji telur.


3. Lepas itu, masukkan pula 3 sudu makan planta. Uli dengan sebati hingga doh benar-benar lembut dan tidak melekat ditangan. Perap adunan seketika sehingga doh naik sekali ganda.

4. Bila doh dah naik/kembang, tumbuk2 doh tersebut untuk keluarkan udara yang tersimpan. Selepas tu, biarkan doh naik/kembang untuk kali kedua.

5. Selepas doh naik untuk kali kedua, bolehlah dimulakan proses menggentel. Ambil sedikit doh dan buatkan bulatan seperti bola. Kemudian buatkan lubang di tengah-tengahnya.

6. Goreng di dalam kuali dengan api yang sederhana. Bila dah masak, angkat dan biarkan seketika. Selepas tu bolehlah taburkan gula halus ke atasnya.



dah siap...terima kasih kat blog yang sediakan resepi ni...tapi tak boleh wat hari ni la..susu tepung xde..huhuhu

2 ulasan:

ecadwinkyasha berkata... [Reply to comment]

selalu berapa lama nak kembang kan ne?..eca xreti nak tunggu lama2 tu yg sllu fail buat kuih yg gebu2x.hehehe

nasib baru je beli donut big apple,xla terliur sgt tgk ne.hahaha

Zatil Hulwani berkata... [Reply to comment]

selalunya bia dia lame sikit...bergantung pada doh kita..hurmm eca biakan die 15minit..tgk naik x..ye..hehe zatil pun terliur gak nih..nk buat tp susu tepung xde pulak..