Jumaat, 25 Mei 2018

Teks Pengacara Majlis APC


 Hai assalamualaikum...nak tumpang simpan kat blog ni...senang nak buat rujukan next time hehehehe.... 



TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2017
SHAH ALAM 1 HALL, SACC CONVENTION CENTRE | 10 APRIL 2018
2.30 PETANG – 4.30 PETANG

PENGACARA
TEKS
FAZ
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA/
MAJLIS MENGALUKAN-ALUKAN KEHADIRAN PARA HADIRIN./ DI HARAP PARA HADIRIN/ DAPAT MENGAMBIL TEMPAT DUDUK MASING-MASING/ SEMENTARA MENUNGGU KETIBAAN/ YANG BERHORMAT DATO’ MOHD AMIN BIN AHMAD AHYA/ DAN YANG BERUSAHA TUAN PEGAWAI DAERAH KLANG.

APABILA DIUMUMKAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT/ DIHARAPKAN PARA HADIRIN BOLEH BERDIRI/ DAN MEMBERI LALUAN KEPADA TETAMU KEHORMAT./

KERJASAMA PARA HADIRIN JUGA DIPOHON/ UNTUK MEMATIKAN TELEFON BIMBIT MASING-MASING/ ATAU DIUBAH KEPADA MOD SENYAP/ AGAR TIDAK MENGGANGGU KELANCARAN MAJLIS KITA PADA PETANG INI/ TERIMA KASIH
ZATIL
MENGUMUMKAN KETIBAAN/ YANG BERHORMAT DATO’ MOHD AMIN BIN AHMAD AHYA /–SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ DIIRINGI /YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHD ZAINAL BIN MOHD NOR/ – PEGAWAI DAERAH KLANG/
YANG BERHORMAT DATO’ MOHD AMIN BIN AHMAD AHYA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHD ZAINAL BIN MOHD NOR
PEGAWAI DAERAH KLANG

YANG AMAT DIHORMATI DATO’ SETIA DIRAJA DATO’ ABDUL GHANI BIN PATEH AKHIR
DATO’ ORANG KAYA MAHA BIJAYA ORANG BESAR DAERAH KLANG

YANG DIHORMATI TUAN ZULKIFLI BIN OSMAN
KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH
(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

PENOLONG-PENOLONG PEGAWAI DAERAH

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

PENGHULU-PENGHULU KAWASAN

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN WARGA KERJA PEJABAT DAERAH TANAH KLANG YANG DIHORMATI DAN DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN…

SI IKAN KARANG BERMAIN LEKA,
DALAM LAUTAN SUNGGUHLAH INDAH;
MAJLIS BERMULA TIRAI DIBUKA,
DENGAN ALUNAN MADAH YANG INDAH.

PASIR PUTIH INDAH DI MATA,
OMBAK MENDERU MENEBAR SUARA;
ASSALAMMUALAIKUM MULANYA KATA,
SAYA SEMBAH PEMBUKA BICARA.

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA
FAZ
TERLEBIH DAHULU/ MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMANJATKAN/ RASA KESYUKURAN KE HADRAT ALLAH S.W.T/ KERANA DENGAN KEIZINAN DAN LIMPAH KURNIANYA/ DAPAT KITA BERSAMA-SAMA/ BERKUMPUL DI DEWAN YANG INDAH INI/ MERAIKAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG 2017, /PEJABAT DAERAH TANAH KLANG.
UNTUK MAKLUMAN YANG BERHORMAT DATO’/MAJLIS APC  PADA MALAM INI BERTEMAKAN “TRADISIONAL”
ZATIL
PERTAMA SEKALI MAJLIS MERAKAMKAN/ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN/ SERTA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN/ YANG BERHORMAT DATO’ MOHD AMIN BIN AHMAD AHYA/–SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ YANG TELAH SUDI HADIR KE MAJLIS PADA PETANG INI./
FAZ
BAGI MEMBERKATI LAGI MAJLIS PADA PETANG INI/ MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN/  ENCIK JAMIL BIN JEMAIN UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA/ DENGAN SEGALA HORMATNYA/ MAJLIS MEMPERSILAKAN……
- BACAAN DOA -
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.
ZATIL
BUKAN RUMPUT SEBARANG RUMPUT
RUMPUT PENGHIAS TEPI HALAMAN
BUKAN JEMPUT SEBARANG JEMPUT
JEMPUT MEMOHON KATA ALUAN
BAGI MENERUSKAN MAJLIS PADA MALAM INI/ DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN/ YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHD ZAINAL BIN MOHD NOR/ – PEGAWAI DAERAH KLANG/ UNTUK MENYAMPAIKAN/ UCAPAN ALU-ALUAN/ DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN./
FAZ
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DI ATAS UCAPAN ALU-ALUAN ITU TADI.
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN UCAPAN/ DAN AMANAT YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH/ YANG BERHORMAT DATO’ MOHD AMIN BIN AHMAD AHYA/ – SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR….DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN...
ZATIL
MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH/ DI ATAS UCAPAN DAN AMANAT YANG TELAH DISAMPAIKAN/ YANG BERBAHAGIA DATO’ SEBENTAR TADI/ SEMOGA/ SEGALA AMANAT TERSEBUT DAPAT MEMBERIKAN SEMANGAT UNTUK LEBIH CEMERLANG/ DALAM MENLAKSANAKAN TUGASAN YANG TELAH DIAMANAHKAN KEPADA KITA SEMUA/
FAZ
YANG BERBAHAGIA DATO’, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN PARA HADIRIN SEKALIAN/ SEBELUM KITA MENERUSKAN MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PADA MALAM INI/ DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN UNTUK MENIKMATI JAMUAN YANG TELAH DISEDIAKAN…
ZATIL
TANPA MELENGAHKAN MASA/ MAJLIS AKAN DITERUSKAN/ DENGAN MEMPERSILAKAN/ TUAN ZULKIFLI BIN OSMAN – KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN/ UNTUK MENGIRINGI/ YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHD ZAINAL BIN MOHD NOR/ – PEGAWAI DAERAH KLANG/ BAGI MENYAMPAIKAN/ SIJIL DAN CENDERAMATA/ KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BERTUKAR/ ANUGERAH SIHAT SEJAHTERA/ DAN PENERIMA ANUGERAH PEGAWAI DAERAH/ DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN/
FAZ
BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG TELAH BERTUKAR….DIPERSILAKAN….
- SENARAI NAMA –
BAGI PENERIMA ANUGERAH SIHAT SEJAHTERA…DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN….
- SENARAI NAMA -
BAGI PENERIMA ANUGERAH PEGAWAI DAERAH…DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN….
- SENARAI NAMA -
ZATIL
MAJLIS MERAKAMKAN/ UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA/ YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHD ZAINAL BIN MOHD NOR/ - PEGAWAI DAERAH KLANG/ DAN TUAN ZULKIFLI BIN OSMAN – KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN/ DI ATAS PENYAMPAIAN ITU TADI/ SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA/
FAZ
MAJLIS SETERUSNYA BERBESAR HATI/ MEMPERSILAKAN SEKALI LAGI/ YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHD ZAINAL BIN MOHD NOR/ - PEGAWAI DAERAH KLANG/ BAGI MENGIRINGI/ YANG BERHORMAT DATO’ MOHD AMIN BIN AHMAD AHYA/ –SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ BAGI MENYAMPAIKAN/ SIJIL DAN CENDERAMATA KEPADA/ PENERIMA ANUGERAH 25 TAHUN DALAM PERKHIDMATAN, PEGAWAI YANG BERSARA DAN SETERUSNYA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2017….DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN….
ZATIL
BAGI ANUGERAH 25 TAHUN DALAM PERKHIDMATAN…DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN……
- SENARAI NAMA -
SETERUSNYA…BAGI PEGAWAI YANG BERSARA…DIPERSILAKAN…
- SENARAI NAMA –
UNTUK MAKLUMAN YANG BERHORMAT DATO’, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN PARA HADIRIN SEKALIAN/ BAGI TAHUN 2017,/ SERAMAI 16 ORANG PEGAWAI DAN KAKITANGAN/ PEJABAT DAERAH TANAH KLANG/ AKAN MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG/ SEBAGAI MENGHARGAI KOMITMEN, JASA DAN SUMBANGAN MEREKA DALAM MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN/ DENGAN PENUH DEDIKASI DAN CEMERLANG/ DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN….
- SENARAI NAMA –
FAZ
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERHORMAT DATO’/ DIATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2017 SEBENTAR TADI…
SEBAGAI TANDA SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH/ DIJEMPUT YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHD ZAINAL BIN MOHD NOR/ – PEGAWAI DAERAH KLANG / UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA /YANG BERHORMAT DATO’ MOHD AMIN BIN AHMAD AHYA /–SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN….
ZATIL
MAJLIS MERAKAMKAN/ UCAPAN TERIMA KASIH DIATAS PENYAMPAIAN ITU TADI/ DAN SETERUSNYA MOHON KERJASAMA/ YANG BERHORMAT DATO’ DAN TUAN PEGAWAI DAERAH KLANG UNTUK TERUS BERADA DI ATAS PENTAS/ BAGI SESI BERGAMBAR/ BERSAMA PENERIMA-PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2017/
FAZ
MAJLIS SEKALI LAGI MERAKAMKAN UCAPAN PENGHARGAAN/ DAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH/ KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH/
DIHARAPKAN/ SEMOGA AKAN TERUS BERUSAHA LEBIH TEKUN/ DAN MENINGKATKAN LAGI PRESTASI YANG ADA/ PADA TAHUN-TAHUN AKAN DATANG.
DAN TIDAK LUPA JUGA UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERHORMAT DATO’, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN PARA HADIRIN YANG TELAH HADIR MENJAYAKAN MAJLIS YANG PENUH BERMAKNA PADA PETANG INI/
ZATIL
IBARAT BERJALAN DAH SAMPAI DI HALAMAN
IBARAT BERENANG DAH SAMPAI DI TEBING
IBARAT TERBANG DAH HINGGAP DI DAHAN
IBARAT MENDAKI DAH SAMPAI DI PUNCAK
ALHAMDULILLAH,/ MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG TAMATLAH SUDAH. KAMI SELAKU PIHAK URUSETIA MAJLIS/ MEMOHON KEMAAFAN DI ATAS SEGALA KESILAPAN/ DAN KEKURANGAN SEPANJANG MAJLIS INI DIJALANKAN./
YANG BERHORMAT DATO’/ MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN/ DAN JUTAAN TERIMA KASIH /KERANA SUDI BERSAMA-SAMA KAMI /DI DALAM MAJLIS PADA HARI INI./
FAZ & ZATIL
SEHINGGA ITU SAHAJA DARIPADA KAMI,
SAYA ZATIL HULWANI BINTI ABDUL LATIF…. DAN SAYA NORFAZLIANA BINTI MOHD NOR. SEMOGA BERJUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN.
WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WBT…SEKIAN TERIMA KASIH




Sabtu, 8 Ogos 2015

RESEPI NASI AYAM MADU SEDAP

Nak buat nasi ayam...apa apa hal kene rebus dulu la ayamnye untuk dapatkan air rebusan ayam...nak lagi sedap rebus sekali kaki ayam!! Kaki ayam tu biar je dalam sup...okayy

Bahan rebus ayam:
Ayam 2 ekor - KB suka potong dulu baru rebus
Halia 2 inci - tumbuk
Bawang putih 4 ulas - tumbuk
Air secukupnya..

Cara-cara:
1. Lumur bahan tumbuk pada ayam...
2. Masuk air mencukupi..
3. Rebus sampai empuk. Dah empuk boleh la perap

Bahan perap
Halia 2 inci - tumbuk
Bawang lutih 4 ulas - tumbuk
4 sudu kicap pekat
4 sudu sos tiram
4 sudu kicap cair
Madu secukupnya

Cara-cara:
1. Satukan bahan perap dalam satu bekas..
2. Lumur pada ayam..
3. Biarkan 15 minit...nak goreng terus bole gak
4. Goreng kejap je dlm kuali...

Nasi
Halia 2 inci - tumbuk
Bawang putih 4 ulas - tumbuk
3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih)
1 batang serai
2 helai daun pandan
2 sudu marjerin
4 cawan beras - basuh dulu
6 cawan air rebusan ayam
Garam secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan marjerin...tumis bahan tumbuk, 3 sekawan, daun pandan dan serai
2. Dah garing sikit..jangan sampai hangus pulak bawangnya...masuk beras yg dh basuh tadi...
3. Kacau sampai naik bau dan air kering..(untuk hasilkan nasi yang berderai)
4. Masukkan air rebusan tadi..garam, pewarna kuning sikit...masak dalam rice cooker pun boleh..

Sos cili:
2 senduk cili blend
3 ulas bawang putih - blend
Sos cili
Gula
Cili api potong kecik

Cara-cara:
1. Masak cili blend dan bawang putih...masukkan semua bhan lain...tmbh air kalau pekat sgt...

Kicap:
Kicap cair
Kicap pekat
Gula
Cili api
Air rebusan ayam

Cara-cara:
1. Blend semua bahan. Siap!

Bahan Sup:
Air rebusan tadi...campur rempah sup..garam...kiub ayam sikit...dah siap!!

Selamat mencuba...

Isnin, 3 Ogos 2015

BUAT PASSPORT MALAYSIA DI SHAH ALAM

Assalamualaikum...lama x menaip kat sini...

Saja nak kongsi step nak buat Passport Malaysia bagi sesiapa yang belum pernah memohon la kan...terutama sekali bagi sesiapa yang berhajat nak buat kat Jabatan Imigresen PKNS, Shah Alam...KB baru je buat Jumaat lepas dengan member merangkap jiran selang sebuah rumah & opismate, Syuhada..haa gituuuu gelaran utk beliau...kihkih

Okayyy...sila take note ya langkah kat bawah ni....

Langkah 1: Datang awal...pegi kat Tingkat 2...nak senang naik lif dekat dengan KFC, Guardian...keluar lif terus ke kiri....diingatkan sekali lagi...Datang Awal tau sebabnya orang memang tersangat ramaiiiiiiii....KB datang lambat la jugak dalam pukul 10.00 pagi gitu...dah la hari Jumaat...dapat pulak giliran belah petang...diorang habis rehat pukul 2.45 petang...hurm KB pun balik la ape lagi..

Langkah 2: Pergi ke Kaunter Pendaftaran...bagi IC dan petugas kaunter akan bagi borang kecik...borang tu kene isi ye untuk details kita...

Langkah 3: Tunggu je giliran kita...bila dipanggil serahkan borang tadi sekali dengan IC...pegawai tu akan key in data kita...dan kt boleh duduk untuk snap gambar kat situ jugak...Pastikan pakai tudung hitam, baju hitam dan kening nampak jelas...kalau x...jenuh nak adjust kat situ...segan pun ada..sbb orang ramai...hihi

Langkah 4: Pembayaran di kaunter juruwang....dah amik gmbar semua...die dh kata siap...boleh terus duduk di belah hujung sekali dekat dengan kaunter amik passport..tunggu sampai pegawai tu pnggil nama..dan bayar RM100 tuk kanak kanak bawah 12 tahun... ( tak sure...sila check di website imegresen..)...RM200 utk dewasa selama 5 tahun....ingat 1 perkara ni...selepas pukul 4.00 petang...passport tak bole amik hari tu jugak...diorg akan suruh kita amik hari esoknya...memang macam tu syarat die...walaupun kita nampak passport kta terang-terang dah siap....

Langkah 5: Ambil passport di sebelah hujung sana...dh siap boleh la bayar RM3.00 kalau nak beli cover die...

Dah siap...boleh pergi bercuti! Yeayyyyy

Rabu, 14 Mei 2014

ATKINS DIET MEMANG TERBAIK!!!!!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur sangat-sangat dipertemukan dengan Diet Atkins...diet yang sangat serasi dengan KB...mula tekad diet 31 Mac 2014 yang lalu dengan berat hampir 90kg...iaitu dalam 86-87kg...harini 14 Mei 2014 berat KB dah turun kepada 74kg....lost 12kg...alhamdulillah...


Menu harian KB:

Pagi:
- Air Masak secawan/1 liter (ikut kemampuan dan kesempatan)
- 2 biji telur rebus separuh masak

Tengahari:
- Air Sejuk 1.2 liter
- Ayam masak lemak/ Sup ayam/ ayam goreng/ ikan goreng/ ikan bakar/ kuah laksa dan WAJIB amik sayuran HIJAU.

Malam:
- Air Sejuk 1 liter
- Ayam goreng/ sup ayam/ kuah laksa/ ikan x lalu sangat...kebanyakannya makan ayam & telur...

Senaman:
- Sepatutnye hari-hari kene exercise...tapi KB x sempat dan xde kawan...
- Selalunya brisk walking, jogging atau badminton..

Camtulah rutin seharian...hidup tanpa nasi, mee, mihun, roti, tepung dan sebagainya tu rasa lebih sihat dan ringan...ada 19kg lagi to go..........

Jumaat, 7 Februari 2014

Solat Dhuha dan Bacaannya

Solat Dhuha adalah solat yang digalakkan dalam Islam dimana Pembuka Rezeki sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w kita. Solat ini boleh dikerjakan samada 2, 4, 6 hingga 12 rakaat ketika matahari meninggi sekitar 8.00 pagi sehingga sebelum Waktu Zohor. Ikut kelapangan kita masing-masing. Tak rugi luangkan waktu untuk mengerjakan solat ni..betul x?


Berikut KB sertakan sekali bacaan-bacaan yang afdal di dalam Solat Dhuha sebab mungkin ramai yang mencari panduan Solat Dhuha beserta bacaannya sekali. Tetapi bacaan atau surah tidaklah ditetapkan kerana Islam itu mudah. Jadi bacalah surah yang anda tahu.

1. Niat 

" Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala "

Rakaat Pertama:

2. Baca Al-Fatihah


3. Baca Surah As-Syam


Rakaat Kedua:

4. Baca Al-Fatihah


5.  Baca Surah Dhuha


Selepas salam bacalah doa berikut:

KB selalu bukak video ni dalam kereta...layan hari sampai hafal...korang pun boleh amalkan tanpa sedar kita sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki....aminnn


- Selamat beramal -